Tips Kewangan Rumah Tangga Bahagia #5 Ramai Tak Tahu

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: June 28, 2024

Perkahwinan adalah permulaan hidup baharu, di mana dua individu membina kehidupan bersama. Ia bukan sekadar tentang perkongsian cinta dan kebahagiaan, tetapi juga tentang perkongsian tanggungjawab, termasuklah tanggungjawab kewangan. Ini 5 tips kewangan rumahtangga bahagia:

#1 Buatlah Perancangan Kewangan Bersama

Selepas berkahwin, perancangan kewangan sangat penting. Suami isteri perlu berbincang tentang matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang seawal perkahwinan. Buatlah bajet bulanan yang merangkumi semua perbelanjaan dan pendapatan anda.

Suami isteri boleh tetapkan keutamaan kewangan dan bersetuju bagaimana untuk membahagikan perbelanjaan bulanan anda.

#2 Amalkan Tabiat Belanjawan Berhemat

Setiap kali nak keluar membeli-belah, senaraikan barang yang hendak dibeli dan patuhi senarai tersebut. Buat perbandingan harga sebelum membeli barang dan elakkan pembelian impulsif. Pasangan suami isteri boleh juga banyakkan memasak di rumah daripada kerap makan di luar.

#3 Simpan dan Melabur

Pasangan juga boleh sisihkan sebahagian daripada pendapatan untuk simpanan dan pelaburan. Selain itu boleh juga sediakan tabung kecemasan untuk menampung perbelanjaan tidak terduga.

Anda juga boleh pertimbangkan untuk melabur dalam dana persaraan. Anda boleh jadikan emas sebagai dana persaraan anda, boleh klik link ini untuk daftar percuma.

#4 Berbincang Mengenai Hutang

Pasangan boleh berbincang dengan terbuka tentang hutang masing-masing dan buatlah pelan untuk menyelesaikannya. Dalam masa yang sama, hindari berhutang untuk perkara yang tidak perlu.

Pasangan juga boleh bekerjasama untuk pastikan komitmen dan hutang bulanan dibayar tepat pada masanya untuk mengelakkan caj lewat bayar.

Komunikasi dan kerjasama amat penting dalam rumahtangga

#5 Berkomunikasi Secara Terbuka dan Jujur

Komunikasi dan kerjasama adalah kunci untuk mencapai kejayaan kewangan dalam rumah tangga. Berbincang dengan pasangan anda tentang kewangan anda secara terbuka dan jujur. Seeloknya, jangan rahsiakan apa-apa tentang kewangan anda daripada pasangan anda.

Dengan mengikuti tips-tips di atas, anda dan pasangan dapat membangun rumah tangga yang bahagia dan stabil dari segi kewangan.

Semoga bermanfaat!

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.