Ramai yang masih tertanya-tanya apakah simpanan yang terbaik untuk masa depan. Tak kurang juga yang masih confuse nak pilih simpanan emas dan terus simpan duit dalam bank. Pada pendapat saya, simpan emas pun ok simpan duit pun ok tapi tengok pada matlamat simpanan.
Kalau untuk matlamat jangka masa pendek, simpan duit. Tapi kalau matlamat jangka masa panjang, contoh 2 tahun keatas, simpan dalam bentuk emas. Saya kongsikan 5 keistimewaan emas berbanding wang kertas.
#1 Emas Penyimpan Nilai Yang Baik
Emas tetap bernilai sepanjang zaman. Dari dahulu hingga sekarang harganya terus meningkat. Namun jika simpan duit, ia semakin susut nilai disebabkan inflasi. Belajar simpan emas agar kekayaan kita tidak dirompak oleh inflasi. Contohnya, 1 dinar pada zaman Nabi boleh beli seekor kambing, dan sekarang 1 dinar masih boleh membeli seekor kambing. Terbukti emas penyimpan nilai yang terbaik.
#2 Emas Tiada Tempoh Luput
Emas boleh disimpan bertahun-tahun dan tetap memberi sinar dan nilai yang baik dizaman apa pun. Berbanding jika simpan duit, ada tempoh luput. Jika bertukar kerajaan atau penggunaan duit diberhentikan oleh kerajaan terus nilai duit jatuh ke kosong.
#3 Emas Bernilai Walaupun Rosak
Emas tetap bernilai walaupun dalam keadaan patah, nampak buruk, bengkok atau hancur. Emas tetaplah emas. Walaupun ia terbakar. namun jika tidak mencapai takat lebur ia tidak akan cair dan masih bernilai. Berbanding duit, jika terbakar habis menjadi abu.
#4 Emas Penyelamat
Kisah pelarian Vietnam boleh dijadikan teladan. Ketika rakyat Vietnam melarikan diri semasa perang. Mereka mengunakan emas untuk menukar nilai ketika wang mereka sudah tidak laku lagi. Mereka melarikan diri dengan membawa kepingan emas dan menjualnya kembali apabila tiba di tempat baru untuk mendapatkan duit.
#5 Emas Matawang Tanpa Sempadan
Bawalah emas kemana negara, tetap orang akan suka. Malah emas boleh dijual balik di mana-mana negara juga.
Kawan-kawan,
Belajarlah menyimpan emas. Mulakan sikit sikit dahulu buat diri atau keluarga kita.