“Sesuai Ke Jual Emas Sekarang? Harga Tengah Tinggi Ni.” Ini 3 Nasihat Pakar

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: March 14, 2024

Kebelakangan ini, ramai yang ambil peluang jual balik emas kerana harga emas telah melonjak ke paras yang tertinggi. Persoalannya, adakah sekarang masa yang sesuai untuk jual?

Apabila harga emas naik, ramai penyimpan emas ambil peluang untuk dapat keuntungan tinggi dengan menjual balik emas mereka.

Perbandingan harga emas 999 tahun 2014 dan 2024

Sebagai contoh, saya beli emas pada tahun 2014 pada harga RM134 per gram. Harga tertinggi tahun 2024 (ketika artikel ini ditulis) ialah RM355.

Maka keuntungan saya adalah RM221 per gram jika jual ketika harga emas tinggi. Ini 1 gram. Kalau saya ada 100 gram? Kalau tolak susut nilai dalam 9% pun saya masih boleh untung dalam RM201 per gram.

Tapi soalnya sekarang, adakah ini masa sesuai untuk jual emas? Menurut mentor saya, inilah waktu yang paling sesuai untuk kita jual emas.

Menurut pakar kewangan, ini 3 keadaan yang sesuai untuk jual balik emas anda:

#1 Berlaku Kecemasan

Jual emas adalah perkara terakhir yang anda perlu lakukan jika betul-betul terdesak perlukan duit dan tiada langsung simpanan lain. Contohnya, kemalangan dan kehilangan pekerjaan dengan tiba-tiba.

Selain daripada perkara ini, jangan jual emas anda walaupun harga tinggi sebab dalam jangka masa panjang harga akan pasti terus meningkat. Jadi, jika anda ada kemampuan kewangan yang baik, tak perlu jual sekarang.

Kemalangan yang tidak dijangka memerlukan kos untuk baiki kenderaan

#2 Sudah Capai Matlamat Simpanan Emas

Simpan emas ialah untuk jangka masa panjang. Antara contoh target lain yang sesuai untuk simpanan emas adalah untuk dana haji, modal untuk beli rumah, dana pendidikan anak, belanja kahwin dan mungkin boleh dijadikan simpanan untuk pergi bercuti.

Tapi, jika simpanan yang ada mencukupi tanpa perlu menjual emas, jangan jual emas. Kalau nak jual, boleh jual emas pada harga tinggi di sini.

#3 Tukar Menjadi Aset Yang Lebih Besar

Anda boleh jual balik emas anda yang banyak bila ada peluang membeli aset yang lebih besar. Antara aset yang menguntungkan adalah rumah atau tanah. Biasanya, nak tunggu duit cukup untuk beli rumah sangat susah.

Emas ini ada kelebihan sebab boleh dibeli dengan mudah simpan sikit-sikit. Bila dah banyak tukarlah kepada hartanah. Rumah atau tanah pula boleh dibuat sewa untuk menggandakan kekayaan.

Oleh itu, bagi anda yang sudah mula menyimpan emas. Letak matlamat apa dalam menyimpan emas.

Semoga 3 tips di atas membantu anda buat keputusan hendak jual emas ketika harga tinggi, atau tidak. Jika anda masih baru dalam dunia simpanan emas, jemput baca info penuh simpanan emas di sini.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.