Peperangan Vietnam adalah antara peperangan yang paling lama berlaku di dunia daripada 1 November 1955 hingga 30 April 1975.
Semasa era peperangan, ramai warga negara ini melarikan diri keluar dari negara sendiri. Pelarian Vietnam dan Kemboja lari meninggalkan kampung halaman dengan membawa emas. Semua harta, termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakan terpaksa dijual dan ditukarkan dalam bentuk emas. Emas ini dikenali sebagai emas Kim Thanh.
Menariknya, Kim Thanh adalah satu daerah yang juga asal usul nama pengeluar dan pengedar bullion emas di Saigon, Vietnam.
Emas Kim Thanh adalah gabungan 3 keping emas. 2 keping seberat 15 gram dan sekeping seberat 7.5 gram. Ketulenan emas Kim Thanh ialah 99.9%.
Kepingan-kepingan emas ini dibungkus bersama di dalam kertas minyak yang dicop dengan nama pengilang. Gold bar Kim Thanh cukup dikenali di Asia Tenggara, terutama semasa dan selepas perang Vietnam.
Berbalik kepada kisah pelarian Vietnam, mereka bertindak bijak dengan menyembunyikan kepingan emas ini di dalam jahitan baju bagi menghindari dari kes kehilangan atau rampasan sewaktu di dalam pelarian.
Dengan emas inilah, mereka memulakan hidup baru di negara lain. Mereka menukarkan emas kepada matawang tempatan bagi membeli makanan dan meneruskan kehidupan.
Jangan terkejut, ada juga orang Kemboja yang memulakan perniagaan kain di Malaysia!
Sangat mengujakan atas prinsip dan keyakinan mereka bahawa hanya emas sahaja yang dapat diterima di seluruh dunia tanpa sebarang keraguan.
Tidak dinafikan emas merupakan aset mampu milik, mudah dicairkan, bernilai sepanjang zaman, penyimpan nilai yang sebenar, bertindak sebagai insuran kekayaan juga kalis inflasi.
Apa yang terjadi di Vietnam dan Kemboja boleh kita jadikan pengajaran. Simpan sedikit emas buat insurans kewangan. Anda boleh mulakan simpan emas serendah RM100 sahaja di Akaun Emas GAP.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.