Pada hari Ahad lepas bersamaan 21 Julai 2024, Public Gold sebuah syarikat pelaburan emas terkemuka, menganjurkan acara unik yang menggabungkan dua kegemaran rakyat Malaysia: emas dan durian. Acara “Pesta Durian Public Gold” berlangsung di Malacca Durian Heng, sebuah destinasi popular bagi penggemar durian.
Acara ini dihadiri oleh ramai bisnes owner dan pelanggan setia Public Gold, yang juga peminat durian. Saya juga salah seorang yang hadir dalam pesta ini. Paling best, pengasas Public Gold Group, Dato’Wira Louis Ng turut hadir bersama isteri.
Para tetamu dihidangkan dengan durian segar premium berkualiti tinggi dari pelbagai jenis termasuk Musang King, Duri Hitam dan Udang Merah.
Tetamu dapat menikmati durian secara percuma sahaja dengan menunjukkan jongkong emas 1 gram edisi durian atau pendant durian daripada PGJewel sebagai tiket untuk masuk.
Acara ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan pelanggan setia malah menyokong perniagaan tempatan dan mempromosikan pelancongan di Melaka.
Acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Para tetamu teruja dengan konsep unik yang menggabungkan emas dan durian. Ia pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Pesta Makan Durian Public Gold di Melaka Durian Heng merupakan satu acara yang berjaya menggabungkan perniagaan dan komuniti. Ia bukan sahaja memberikan pengalaman yang istimewa, tetapi juga memperkaya pengetahuan tentang pelaburan emas.
Untuk maklumat lanjut tentang Public Gold dan acara-acara akan datang, sila layari laman web atau media sosial saya.
Berita baik bagi orang Pulau Pinang!
Pesta Durian seterusnya akan diadakan di Pulau Pinang pada 27 Julai 2024, bagi anda disekitar Pulau Pinang boleh dapatkan jongkong emas 1 gram durian sekarang di sini.