Pentingnya Ada Simpanan untuk Anak Bermula Seawal Usia

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: October 9, 2024

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak, termasuklah masa depan mereka.

Salah satu cara terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak adalah dengan menyediakan simpanan seawal usia.

Mungkin ada yang beranggapan, “Ala, anak masih kecil lagi, buat apa nak simpan duit sekarang?”  Hakikatnya,  menyimpan untuk anak-anak sejak kecil mempunyai banyak manfaat. Jom kita lihat kenapa:

1. Kos Pendidikan yang Semakin Meningkat

Kos pendidikan, terutamanya pendidikan tinggi, semakin meningkat saban tahun. Bayangkan kos pengajian tinggi 18 tahun akan datang!

Dengan membuat simpanan awal, kita dapat meringankan beban kewangan di masa hadapan dan memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik tanpa perlu risau tentang kekangan kewangan.

Anak Anda Berhak Mendapat yang Terbaik. Mulakan Tabungan Hari Ini!

2. Keperluan Tidak Terduga

Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Simpanan untuk anak-anak boleh menjadi penyelamat sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan, penyakit kritikal atau keperluan lain yang tidak dijangka.

3. Memupuk Disiplin Kewangan

Mula menyimpan untuk anak-anak sejak awal usia boleh menyemai sikap bertanggungjawab dan disiplin kewangan dalam diri mereka.

Mereka akan belajar tentang kepentingan menyimpan, merancang perbelanjaan dan menghargai nilai wang.

4. Peluang Pelaburan

Simpanan untuk anak-anak boleh dilaburkan dalam instrumen kewangan yang sesuai seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji, emas atau unit trust. 

Ini membolehkan simpanan tersebut berkembang dan memberikan pulangan yang lebih baik berbanding hanya disimpan di dalam akaun simpanan biasa.

5. Masa Depan yang Lebih Terjamin

Dengan adanya simpanan, anak-anak mempunyai lebih banyak pilihan dan peluang untuk mencapai impian mereka di masa hadapan, sama ada untuk melanjutkan pelajaran, memulakan perniagaan atau mencapai matlamat kewangan yang lain.

Ingatlah, setiap ringgit yang disimpan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan anak-anak yang lebih cerah. Mulakan menyimpan untuk anak anda sekarang! Klik SINI untuk bertindak.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.