Persoalan yang sering saya terima, apa beza emas 999 dan emas 916? Yang mana lebih sesuai untuk pelaburan emas?
Sejak zaman berzaman, emas merupakan salah satu aset yang mengekalkan nilainya yang tinggi. Mempunyai emas bagaikan mempunyai insurans kewangan yang mana ia dapat ditukarkan menjadi duit bila keadaan mendesak.
Kalau kita tengok, terdapat banyak kedai emas dan kebanyakan menjual emas hiasan iaitu emas 916. Sangat jarang kita melihat emas 999 dijual secara meluas di kedai emas. Persoalannya, mana yang sesuai untuk dijadikan simpanan atau pelaburan? Jadual menunjukkan perbezaan jenis emas 916 dan emas 999 mengikut ciri-ciri masing-masing:
Kriteria | Emas 999 | Emas 916 |
Peratus Emas | 99.9 % | 91.6 % |
Ketulenan | 24 K – Tinggi | 22K – Rendah |
Campuran | Tiada Campuran | Ada campuran dengan logam lain |
Kekuatan Emas | Lembut | Keras |
Kilauan | Tahan lama | Cepat pudar |
Harga | Lebih mahal | Lebih murah |
Upah Emas | Rendah | Tinggi |
Susut Nilai | 6%-9% | 20%-30% |
Kadar Gadaian Ar-Rahnu |
Lebih tinggi | Lebih rendah |
Bentuk Emas | Syiling, dinar, goldbar (jongkong) |
Barang kemas hiasan, cincin, rantai gelang |
Barang kemas ialah emas hiasan yang dibuat khas untuk dipakai oleh para wanita, contohnya rantai, gelang, cincin dan sebagainya. Contoh emas untuk simpanan ialah emas dinar dan emas jongkong.
Barang kemas berketulinan 916 manakala emas untuk simpanan/pelaburan berketulenan 999.
Anda perlu jelas tentang beza emas untuk tujuan perhiasan (barang kemas) dengan emas bertujuan simpanan/pelaburan.
Susut nilai dan kos upah barang kemas 916 adalah tinggi berbanding emas 999. Apabila jual balik emas 916, susut nilai ialah 20%-30% kebiasaannya. Jika harga pasaran RM 10,000, anda mungkin dapat RM 7,000 sahaja jika dijual semula.
Susut nilai emas 999 adalah bawah pada 9% kebiasaannya. Jika harga pasaran RM 10,000, anda akan dapat hasil jualan antara RM 9,100 – RM 9,400.
Perkongsian ini sedikit sebanyak mendedahkan anda kepada beza emas 999 dan emas 916. Paling penting, bila anda nak beli emas, perlu jelas apa MATLAMATnya.
Kesimpulannya, emas 916 matlamatnya ialah untuk perhiasan wanita. Manakala emas 999 matlamatnya ialah untuk simpanan jangka masa panjang tidak kira untuk lelaki atau wanita.
Semoga bermanfaat! Ingin mula menyimpan emas? Klik sini untuk mulakan