5 Tips Selesai Hutang. #5 Ramai Tak Tahu

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: August 1, 2024

Beban hutang memang boleh buat kita rasa tertekan. Jom kita tengok 5 tips power ni yang boleh bantu anda bayar hutang dengan lebih pantas dan berkesan:

#1. Buat Bajet Ketat dan Disiplin:

Senaraikan pendapatan dan perbelanjaan anda. Kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan dan tetapkan jumlah untuk bayar hutang setiap bulan.

#2. Gunakan Kaedah “Snowball” atau “Avalanche”:

Kaedah “Snowball” fokus bayar hutang terkecil dahulu untuk motivasi, manakala “Avalanche” fokus bayar hutang dengan faedah tertinggi dahulu untuk jimat kos.

Pilih kaedah yang sesuai dengan gaya anda.

#3. Cari Pendapatan Tambahan:

    Fikirkan cara untuk tambah pendapatan, seperti kerja sambilan, jual barang terpakai, atau buat servis freelance. Setiap sen tambahan boleh percepatkan pembayaran hutang.

    #4. Berunding dengan Pemiutang:

      Jangan takut untuk berunding dengan pemiutang contohnya pihak bank. Cuba dapatkan kadar faedah yang lebih rendah atau pelan pembayaran yang lebih fleksibel.

       

      Hutang wajib dibayar. Jangan ambil mudah jika anda berhutang.

      #5. Elakkan Buat Hutang Baru:

        Ini sangat penting! Elakkan penggunaan kad kredit atau buat pinjaman baru semasa proses bayar hutang. Fokus pada menyelesaikan hutang sedia ada dahulu.

        Dapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika anda memerlukan bimbingan profesional dalam menguruskan hutang.

        Ingat, kunci utama untuk bebas hutang ialah disiplin dan kesabaran. Jangan mudah putus asa. Teruskan berusaha dan konsisten dengan pelan pembayaran anda.

        Anda pasti boleh capai matlamat anda! Nak lebih tips kewangan dan simpanan emas, jemput join perkongsian di telegram.

        ebook rahsia emas

        Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

        Download Ebook

        P.S. Ia 100% percuma

        Nak Mula simpanan emas?

        Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

        Whatsapp Sekarang

        Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

        Join Telegram
        Poster JE24K IG

        Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

        Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.