5 Tip Simpanan untuk Anak Muda Usia 20-an

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: June 12, 2024

Memulakan tabiat menabung pada usia 20-an adalah langkah bijak untuk membina masa depan kewangan yang kukuh. Saya kongsikan 5 tips yang boleh membantu anda mulakan simpanan:

1. Tetapkan Matlamat yang Jelas

Langkah pertama adalah tentukan matlamat kewangan anda. Adakah anda mahu menyimpan untuk membeli rumah, kereta, melancong, atau dana persaraan?

Mempunyai matlamat yang jelas akan membantu anda fokus dan bermotivasi untuk menyimpan.

2. Sediakan Belanjawan

Catatkan semua pendapatan dan perbelanjaan anda. Gunakan maklumat ini untuk menyediakan bajet yang realistik. Peruntukkan dana untuk keperluan asas, simpanan, dan perbelanjaan lain. Pastikan anda menyisihkan wang untuk disimpan setiap bulan, walaupun jumlahnya sedikit.

Perancangan kewangan amat penting dalam menentukan jumlah simpanan kita

Tidak perlu menyimpan dalam jumlah yang besar pada mulanya. Mulakan dengan jumlah yang anda rasa mampu dan tingkatkan secara beransur-ansur.

3. Automatikkan Proses Simpanan

Aktifkan pemindahan automatik dari akaun gaji anda ke akaun simpanan setiap bulan. Ini akan membantu anda menyimpan secara konsisten tanpa perlu susah payah memindahkannya secara manual.

Auto-debit adalah cara terbaik untuk paksa diri mula menabung

Salah satu cara untuk menyimpan adalah dengan buat auto-debit untuk akaun simpanan emas GAP. Anda boleh daftar akaun percuma dan mulakan simpanan serendah RM100 sahaja. Boleh klik sini untuk mulakan simpanan.

4. Cari Simpanan dengan Kadar Faedah Tinggi

Bandingkan kadar faedah yang ditawarkan oleh pelbagai bank dan institusi kewangan. Pilihlah simpanan dengan kadar faedah yang tinggi untuk memaksimumkan keuntungan daripada wang simpanan anda. Anda juga boleh mula meyimpan emas dengan Public Gold kerana kenaikan harga emas adalah tinggi dan sesuai untuk jangka masa panjang.

Perbandingan purata kenaikan dividen/harga bagi ASB, TH dan emas

5. Elakkan Gaya Hidup Boros

Elakkan daripada membeli barangan yang tidak diperlukan. Kurangkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak penting, seperti makan di luar, hiburan, dan pembelian atas talian.

Apa yang biasa saya buat, untuk pembelian atas talian saya add to cart sahaja dahulu. Selepas itu tunggu 2-3 hari. Kalau benar benar perlu barulah check out. Jika tidak abaikan sahaja.

Pembelian secara atas talian yang tidak terkawal akan membawa kepada pembaziran

Menabung pada usia 20-an mungkin tidak mudah, tetapi dengan disiplin dan azam, anda boleh mencapai matlamat kewangan anda dan membina masa depan yang stabil.

Anda nak saya bantu mulakan simpanan emas? Boleh terus hubungi saya di sini.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.