Pada 6 Jun 2024 yang lalu, saya telah mendapat undangan istimewa untuk sama-sama meraikan pelancaran Buku Edisi Ke-2 ConsuMerchant bertempat di Pullman Hotel Kuala Lumpur.
Buku menghimpunkan kisah-kisah kejayaan 25 Usahawan Public Gold dari pelbagai latar belakang, termasuk mahasiswa, doktor, jurutera, dan suri rumah, yang telah berjaya mengubah hidup mereka dengan bisnes Public Gold.
Pada majlis tersebut, beberapa usahawan berkongsi pengalaman suka dan duka mereka. Tuan Hj. Mohd Yusri Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Galeri Ilmu, menyatakan buku ini adalah antara yang terlaris dan boleh didapati di PGMall.
Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Gold, berhasrat melihat lebih ramai usahawan berjaya melalui platform ConsuMerchant.
Public Gold kini mempunyai 1.3 juta pengguna berdaftar, membuktikan usaha berterusan dalam mempromosikan kepentingan menyimpan emas. Kejayaan adalah milik mereka yang berusaha tanpa henti.
Saya berasa sangat bertuah menjadi salah seorang pembimbing emas Public Gold dan ingin menjemput anda semua menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami. Bagi mendapat maklumat lanjut boleh klik link ini.