Menunaikan ibadah Haji adalah jemputan istimewa tiada bandingan dengan melancong ke tempat lain. Perjalanan Haji adalah perjalanan jasad, hati dan rohani semata-mata kerana Allah.
Zaman sekarang, pendaftaran dan tabungan untuk menunaikan ibadah haji perlu dirancang seawal usia. Kos pelaburan untuk menunaikan haji adalah tinggi, malah mencecah hampir RM12,000 seorang bagi kategori B40.
Nasihat saya, merancang seawal mungkin dan bersedia dengan kemungkinan berlakunya peningkatan kos menunaikan haji setiap tahun.
Ini 4 tips kewangan persediaan ibadah haji yang anda boleh lakukan daripada sekarang:
1. Buka akaun simpanan Tabung Haji dan daftar Haji
Buka akaun Tabung Haji dan buat tabungan secara konsisten di akaun. Apabila simpanan cukup RM1,300, penabung sudah boleh mendaftar haji.
Ibubapa digalakkan membuka akaun simpanan Tabung Haji untuk anak-anak seawal usia bayi, kerana bilangan pendeposit yang ramai menyebabkan tempoh menunggu giliran menjadi lama.
2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pada Bajet 2012, kerajaan telah memberi peluang kepada pencarum KWSP yang berpendapatan rendah untuk mendaftar menunaikan haji melalui Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.
Pencarum juga dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi menampung kos mengerjakan haji.
Paling best, simpanan melalui KWSP membolehkan wang pencarum kekal dalam akaun KWSP tanpa dipindahkan ke Tabung Haji selain boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.
3. Tabiat menyimpan daripada awal
Bagi yang berkemampuan, mungkin tidak ada isu untuk buat dana bagi menunaikan haji. Namun bagi anda yang kurang mampu, boleh simpan sikit-sikit untuk dana haji.
Buat tabung sendiri dirumah yang boleh anda masukkan duit setiap hari RM 1 dan boleh juga kumpulkan duit syiling lebihan daripada duit belanja sebagai simpanan.
4. Bekukan duit jadi emas
Selain daripada simpanan duit, saya juga syorkan anda boleh simpan emas dari sekarang sebagai dana haji. Simpan emas boleh elakkan kebocoran dan dapat kurangkan risiko nilai duit kertas yang dimakan inflasi.
Anda boleh mulakan simpan serendah RM100 sahaja, klik di sini.
Pakar kewangan menasihatkan 10% -30% duit simpanan ditukarkan kepada emas. Contoh anda ada saving RM 10,000 hanya RM 1,000 hingga RM 3,000 dibekukan menjadi emas. Poster dibawah adalah cadangan Pakar Kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad tentang nilai emas bagi menunaikan ibadah haji bagi tahun 2024 .
Saya doakan semoga persediaan kewangan ibadah haji anda dipermudahkan dan semoga kita semua dijemput menjadi tetamu Allah dan dapat menunaikan haji satu hari nanti, aamiiin.