Jual Emas Rosak Harga Tinggi? Cuba Cara Ini

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: May 19, 2024

Emas patah, putus, kemek dan rosak boleh ke jual dengan harga tinggi? Ini persoalan yang sering bermain difikiran pemilik emas fizikal. Terdapat beberapa syarikat jual beli emas dan peniaga emas yang membeli emas pada harga tinggi berdasarkan kualiti emas. Saya kongsikan 5 cara mudah untuk jual balik emas rosak anda:

Contoh barang kemas yang telah rosak

#1 Kenalpasti kualiti emas anda

Emas perhiasan ada pelbagai kualiti atau ketulenan, antaranya 999, 916, 850 dan 750. Ini adalah peratusan emas tulen dan campuran logam lain dalam emas tersebut. Semakin tinggi nombor, menandakan kandungan emas yang tinggi dan lebih berharga.

#2 Uji ketulenan emas percuma

Selalunya bila beli emas, akan dapat surat belian yang menyatakan ketulinan emas. Tapi selalunya surat itu hilang. Jadi sebelum jual, uji  ketulenan di kedai emas yang menawarkan perkhidmatan pengujian ketulenan emas percuma.

Alat ujian ketulenan emas, densimeter

#3 Survey harga jual balik

Dapatkan harga beli daripada at least 3 syarikat atau individu yang sanggup membeli emas rosak anda. Dengan cara ini, anda boleh tahun siapa yang beli pada harga tertinggi. Paling penting, anda tak tertipu dengan pembeli yang menawarkan harga terlalu rendah.

Pasti anda akan terkejut, beza harga yang sangat besar antara kedai A dan kedai B. dan ada juga kedai yang ambil emas rosak pada susut nilai tinggi kadang-kadang 30% atau lebih!

#4 Mencari pembeli yang mempunyai reputasi baik

Pastikan anda mencari pembeli yang mempunyai reputasi yang baik, dan teliti dalam membuat pengujian dan penilaian.

#5 Consider jual balik dan beli emas baru

Untuk dapat harga special, boleh jual dulu emas rosak, dapat duit, baru beli emas baru di kedai yang sama. Pasti harga diambil akan lebih tinggi.

Tips Jual Emas Rosak

Banyak syarikat emas akan jual emas. Tapi sangat sedikit syarikat yang ada jaminan untuk beli balik emas mereka yang telah rosak.

Selalunya bila emas dah rosak, patah atau calar, bank tempat yang anda beli tidak akan terima emas tersebut untuk dijual balik. Jadi terpaksalah anda mencari kedai emas yang selalu memang akan beli emas rosak. Tapi susut nilai di kedai emas sangat tinggi boleh mencecah 25% – 40% daripada harga jualan semasa.

Setelah saya survey, tempat terbaik jual emas rosak adalah jual balik ke Public Gold. Di sini, emas ini dibeli balik dengan spread 10% sahaja. Ia kadar tolakan paling murah di Malaysia bagi emas rosak. Sangat menguntungkan!

Info lanjut untuk jual emas rosak di Public Gold boleh baca di sini.

Untuk lebih yakin, anda boleh saja bandingkan harga Public Gold dengan harga kedai emas lain.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.