Public Gold Bina Pusat Penapisan Emas Pertama di Malaysia

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: May 9, 2024

Pada 7 Mei 2024, saya telah mendapat jemputan khas daripada Public Gold Group bagi menghadiri upacara pecah tanah pembinaan sebuah pusat penapisan emas pertama di Malaysia.

Jemputan khas ke acara pecah tanah di Batu Kawan

Pusat penapisan emas bertaraf dunia ini akan dibangunkan di Zon Perindustrian Fasa 1 Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif PG Group, Datuk Louis Ng berkata, pusat akan dibina dengan anggaran keluasan pembinaan 48,000 kaki persegi bermula Mei dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Pusat ini dibina memandangkan permintaan terhadap produk emas yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tapi di seluruh dunia.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif PG Group, Datuk Louis Ng

Paling menarik, selepas siap ia mampu menghasilkan pengeluaran 10 tan emas setahun!

Sebelum ini Public Gold terpaksa menghantar lebih kurang 500 kg emas setiap bulan ke Hong Kong dan Singapura untuk menjalani proses penapisan dengan kos 1 juta ringgit setiap bulan. Dengan adanya pusat ini, kos dapat dijimatkan dan akan menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.

Bersama Mama Azizah Hassan dan Pengasas dan Datuk Louis Ng

Selain itu, ia juga mampu mewujudkan peluang perniagaan besar kepada vendor tempatan, serta mengukuhkan Pulau Pinang sebagai hab perindustrian emas global dalam negara.

Kepada warga Pulau Pinang khasnya, Public Gold akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan ekspatriat yang tinggal di negeri ini.

Terkini, Public Gold mempunyai 1.3 juta pelanggan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dan menyasarkan 10 juta pelanggan menjelang 2030.

Berminat nak menjana pendapatan dengan Public Gold klik sini atau hubungi saya bila bila masa.

Team JE24K bersama Datuk Louis Ng
Tetamu yang hadir
ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.