Dah boleh bawa keluar duit KWSP Akaun 3. Ini perkara anda perlu tahu.

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: April 28, 2024

Ramai yang gembira bila dapat tahu dapat keluarkan duit Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) tak lama lagi. Penstrukturan semula caruman KWSP akan bermula pada bulan Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup pencarum.

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: –
Akaun 1 – Akaun Persaraan 
Akaun 2 – Akaun Sejahtera 
Akaun 3 – Akaun Fleksibel 

Penstrukturan semula KWSP

Simpanan dalam Akaun 3 ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan pencarum.

Perincian Akaun 3 KWSP terbaru –

#1 Baki Akaun 2 Kurang Daripada RM 1,000

Bagi Akaun 2 yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun 3.

#2 Baki Akaun 2 antara RM 1,000 dan RM 3,000

Akaun 2 yang mempunyai baki diantara RM1,000 dan RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun 3 adalah RM1,000, baki selebihnya kekal dalam Akaun 2.

 #3 Baki Akaun 2 antara Melebihi RM 3,000

Baki Akaun 2 lebih dari RM3,000 boleh pindahkan 1/3  baki ke Akaun 3. Contohnya baki Akaun 2 RM9,000 boleh pindahkan RM3,000 ke Akaun 3.   1/6 daripada baki dipindahkan ke Akaun 1 ke dan 1/2 akan dikekalkan dalam Akaun 2.

Perincian Pemindahan ke Akaun 3

Bagi pemindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3, pencarum perlu maklumkan kepada KWSP terlebih dahulu bermula 11hb Mei sehingga 31 Ogos 2024.

Jika tiada sebarang permohonan untuk pemindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3, maka Akaun 3 pencarum akan bermula dengan 0 pada 11 Mei 2024.

Pencarum boleh keluarkan duit daripada Akaun 3 pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50. Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun 3 boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara bermula 1 September 2024.

Selepas ini caruman baru adalah 75% masuk Akaun 1, 15% masuk Akaun 2 dan 10% masuk Akaun 3.

Penstrukturan Semula Caruman KWSP

Nasihat saya, elak keluarkan Akaun 3 jika tidak diperlukan melainkan nak ubah duit itu menjadi aset yang lebih berharga seperti emas.

Semoga dengan peluang yang diberikan oleh KWSP ini, kita sebagai pencarum lebih bijak menguruskan kewangan untuk masa depan. Nak mula simpan emas boleh klik sini dan hubungi saya bila-bila masa.

Sumber: KWSP

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.