Ar-Rahnu : 15 Soalan Sering Ditanya

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: March 23, 2024

Ramai yang bertanya berkenaan pajak gadai emas. Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang pajak gadai di Ar-Rahnu. Mungkin ada sedikit perbezaan antara Ar-Rahnu yang ada di Malaysia, tapi konsepnya lebih kurang sama.

Teruskan membaca:

Soalan 1 : Apakah itu Pembiayaan Ar-Rahnu?

Jawapan:

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai yang berunsurkan Islam dimana ia menyediakan pembiayaan alternatif untuk memenuhi keperluan wang tunai secara segera. Skim ini juga menyekat aktiviti yang menjalankan pembiayaan secara haram mahupun yang tidak berlesen.

Soalan 2 : Apakah Konsep Syariah digunapakai oleh Pembiayaan Ar-Rahnu?

Jawapan:

Menggabungkan 3 konsep yang penting iaitu Al Wadiah, Al Qard dan Ujrah.

  • Al-Wadiah merujuk kepada simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian
  • Al-Qard merujuk kepada pinjaman tanpa faedah
  • Ujrah merujuk kepada upah simpan
Pilihan mudah untuk dapatkan tunai

Soalan 3: Apakah kelebihan yang saya dapat dari Pembiayaan Ar-Rahnu?

Jawapan:

Antara kelebihan yang akan diperolehi oleh penggadai adalah :

  • Bebas dari unsur riba
  • Tiada sebarang yuran tambahan seperti yuran proses
  • Tempoh gadaian yang lama
  • Barang gadaian disimpan selamat dengan perlindungan insurans
  • Pembiayaan berlandaskan Syariah
  • Upah simpan yang rendah dan kadar upah yang tetap

Soalan 4: Siapakah yang layak untuk memohon Pembiayaan Ar-Rahnu?

Jawapan:

  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Pemastautin tetap
  • Waras
  • Berumur 18 tahun ke atas

Soalan 5: Berapakah nilai pembiayaan yang boleh saya peroleh dari Pembiayaan Ar-Rahnu?

Jawapan:

Anda akan mendapat pinjaman sebanyak 60%-80% dari nilai gadaian tersebut.

Contohnya : Jika nilai gadaian tersebut adalah RM 1,000.00, katakan nilai diberi 60%, maka pinjaman yang anda akan perolehi adalah sebanyak RM 600.00

Soalan 6: Berapa lamakah tempoh gadaian yang boleh dikenakan?

Jawapan:

Tempoh gadaian yang ditetapkan adalah selama 6 bulan namun boleh dipanjangkan sehingga ke 8 bulan.

Soalan 7: Apakah jenis barangan gadaian yang boleh diterima?

Jawapan:

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas dan mempunyai mutu seperti yang berikut:

*Emas 999   *Emas 875   *Emas 950   *Emas 835   *Emas 916   *Emas 750

Barang kemas emas 916 senang untuk dipajak

Soalan 8 : Bagaimanakah cara penebusan gadaian dibuat?

Jawapan:

Anda boleh membuat penebusan melalui pembayaran secara ansurans, sekali gus atau bila-bila masa sebelum atau semasa tarikh matang.

Soalan 9 : Apa yang saya dapat dari Pembiayaan Ar-Rahnu ini?

Jawapan:

Nilai Marhun : RMxxxx

Jumlah amaun pembiayaan : RMxxx (60% atas nilai marhun)

Tarikh gadaian : 15 Julai 2024

Tempoh : 180 hari (6 bulan+2+2)

Tarikh matang : 15 Januari 2025

Kadar upah simpan : RMxx

Soalan 10 : Apakah tanggungjawab saya di dalam Pembiayaan Ar-Rahnu?

Jawapan:

Upah simpan bulanan : RMxx

Ansuran bulanan : RMxx

Jumlah untuk dibayar termasuk jumlah pembiayaan : RMxx

Soalan 11 : Apakah yang terjadi sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab dalam Pembiayaan Ar-Rahnu?

Sekiranya pelanggan gagal menebus barang gadaian dalam tempoh gadaian yang telah ditetapkan, maka pihak Ar-Rahnu berhak untuk melelong barang gadaian tersebut mengikut prosedur lelongan. Wang yang diperolehi dari nilai lelongan akan digunakan untuk membayar amaun yang terhutang termasuk dengan kos lelongan. Bakinya boleh dituntut selepas menerima notis wang lebihan lelongan.

Soalan 12 : Adakah saya memerlukan penjamin?

Jawapan:

Tidak, anda tidak memerlukan penjamin bagi urusan ini.

Soalan 13 : Apakah yang perlu dilakukan sekiranya surat gadaian hilang?

Jawapan:

Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah.

Soalan 14 : Berapakah kadar upah simpan yang dikenakan?

Jawapan:

1% daripada nilai marhun.

Soalan 15 : Bagaimanakah caranya untuk saya menggadai?

Jawapan:

  • Membawa barang kemas sebagai cagaran.
  • Membawa kad pengenalan.
  • Mengisi borang permohonan yang disediakan.

Walaubagaimanapun, sebelum di pajak, pastikan anda buat kira kira untung rugi dan pastikan mampu untuk ditebus dalam jangka masa yang ditetapkan.

Bagi anda yang berminat nak pajak emas dan dapatkan Pembiayaan Ar-Rahnu dengan Koperasi Dagang Emas, anda boleh dapatkan senarai lokasi di sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.