Ramai yang anggap nak simpan emas perlu ada duit banyak. Tapi tak ramai yang tahu, dengan RM100 sahaja dah boleh simpan emas. Cara paling mudah adalah menabung di dalam akaun emas GAP.
Akaun GAP atau Gold Accumulative Program adalah satu platform simpanan emas yang diperkenalkan oleh Public Gold. Konsepnya lebih kurang sama seperti bank. Bezanya dalam bank anda simpan wang dalam bentuk ringgit. GAP pula anda simpan gram emas. GAP ialah kaedah simpanan paling murah, mudah dan patuh Syariah.
Saya kongsikan 6 kelebihan menyimpan emas di akaun emas GAP yang anda WAJIB tahu.
#1 Boleh Simpan Emas Serendah RM100 Sahaja
Ramai yang komplen, mahalnya la nak simpan emas. Tapi jangan risau, dengan akaun GAP anda boleh menyimpan serendah RM100 sahaja untuk setiap transaksi. Tiada had maksimum penyimpanan. Anda ada lebih wang boleh tukar lebihan itu kepada emas.
#2 Akaun GAP Patuh Syariah
Akaun GAP telah disahkan Patuh Syariah dan dipantau oleh Amanie Advisors. Setiap simpanan emas dalam akaun GAP adalah bersandarkan fizikal. Jadi, anda tidak perlu bimbang dan boleh simpan emas dengan gembira.
#3 Ada Emas Fizikal
Dengan menyimpan di akaun GAP anda boleh keluarkan emas fizikal seperti dinar dan jongkong emas. Pengeluaran boleh dibuat serendah 1 gram hingga ke 1 kg pada bila-bila masa. Cuma anda perlu pastikan baki 1 gram tetap berada dalam akaun untuk akaun kekal aktif.
#4 Tiada Yuran Keahlian
Pendaftaran Akaun GAP adalah percuma dan anda tidak perlu untuk renew keahlian atau buat apa-apa bayaran untuk mula simpan emas. Bila sudah daftar, maknanya anda sudah mempunyai platform untuk mulakan simpanan.
#5 Tiada Komitmen Bulanan
Paling best di akaun GAP, tiada komitmen bulanan. Jika ada duit lebih, boleh simpan lebih. Semua berdasarkan bajet anda. Boleh beli dan jual bila-bila masa secara online.
#6 Tiada Caj Simpanan
Menabung di akaun GAP adalah percuma tanpa sebarang caj simpanan. Kumpul sampai berkilo-kilo pun Public Gold simpankan secara percuma. Cuma bila nak keluarkan emas daripada akaun GAP ini, ada bayaran upah emas atau dipanggil gold premium berdasarkan berat gram emas tersebut. Yang penting, tiada had belian dan tiada had tempoh masa untuk simpan.
Jelas? Semudah ABC kan? Sangat berbaloi menyimpan di akaun GAP. Kalau kita tak menabung untuk diri sendiri, takkan nak tunggu orang lain buatkan.. ye tak? Jika dah bersedia untuk mulakan simpanan emas boleh terus mulakan simpanan di akaun emas GAP.