7 Perkara Anak Muda Perlu Buat Supaya Tak Menyesal Bila Dah Tua

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: July 3, 2024

Masa muda, zaman yang penuh dengan tenaga dan impian. Tapi, jangan sampai terlupa untuk buat persediaan masa depan. Nak tahu 7 perkara yang perlu anak muda buat supaya tak menyesal bila dah tua? Jom kita semak!

#1 Berani Kejar Impian

Masa muda ni lah peluang terbaik untuk kejar cita-cita. Jangan biarkan rasa takut menghalang. Cuba dulu, kalau gagal pun, jadikan pengajaran.

#2 Jaga Kesihatan

Badan sihat, otak cerdas, baru boleh enjoy hidup sampai tua. Makan makanan berkhasiat, bersenam, rehat cukup, dan jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan berkala.

#3 Simpan & Labur untuk Hari Tua

Jangan asyik berbelanja je. Simpan duit sikit-sikit atau melabur untuk masa depan. Boleh mulakan juga simpanan emas sebagai dana persaraan dengan Akaun Emas GAP. Ada duit simpanan, hidup masa tua pun senang dan tak menyusahkan orang lain.

Anak muda mesti berani kejar impian dan banyakkan simpanan

#4 Belajar Sepanjang Hayat

Ilmu tak habis kat universiti je. Teruskan belajar, tambah ilmu baru, asah kemahiran. Dunia sentiasa berubah, jadi kita kena sentiasa upgrade diri supaya tak ketinggalan.

#5 Hargai Masa Bersama Keluarga & Kawan

Jangan asyik kejar kerja sampai lupa orang tersayang. Luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan kawan-kawan. Cipta kenangan indah bersama mereka, sebab masa takkan kembali.

#6 Belajar Urus Duit dengan Bijak

Tahu bezakan antara keperluan dan kehendak. Jangan berhutang keliling pinggang. Belajar cara urus kewangan yang betul, supaya hidup tak tersepit bila dah tua nanti.

#7 Belajar Agama dan Amalkan

Masa muda ni lah waktu terbaik untuk mendalami agama. Banyakkan membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran agama. Dengan dekat pada agama, hidup akan lebih tenang dan bermakna, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak

Masa muda ni umpama modal untuk kita bina masa depan yang lebih baik. Dengan buat 7 perkara ni dari sekarang, InsyaAllah, kita akan lebih bersedia untuk hadapi hari tua dengan tenang, bahagia, dan tak menyesal dengan keputusan yang kita buat masa muda dulu.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.