6 Sebab Wanita Wajib Simpan Emas. #5 Paling Best

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: March 13, 2024

Wanita dan emas bagai isi dengan kuku. Dari zaman dahulu lagi, nenek moyang kita simpan emas walaupun sedikit, kerana mereka faham tentang nilai emas.

Namun, persepsi wanita terhadap emas makin berubah dari tahun ke tahun. Zaman moden sekarang wanita lebih dikenali dan dilabel suka berbelanja dan membeli-belah!

Mana tidaknya, wanita sekarang lebih terpengaruh dengan tudung “ITIK” tudung “IKAN” dan pelbagai tudung bernilai ratusan ringgit. Ini  menjadi trend dan rebutan semua berbanding buat simpanan.

Apabila suka belanja, sikap boros akan mempengaruhi wanita. Dalam keadaan ekonomi tak menentu sekarang, amat penting para wanita bijak mula menyimpan untuk masa depan.

Jom, saya kongsikan 6 sebab wanita wajib simpan emas.

#1 Emas sebagai Simpanan Kecemasan

Selalu jika kita sebut “beli” , kita rasa duit kita habis kerana beli sesuatu barang. Namun, beli emas duit kita tak habis kerana ia hanya bertukar dari wang dan beku jadi emas. Ia simpanan dalam diam. Simpan sikit-sikit untuk dana kecemasan. Rancang ekonomi keluarga dengan emas kerana kita tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan.

#2 Beli Emas sebagai Terapi

Sebagai wanita, apabila kita pakai emas, aura yang kita rasa memang lain macam. Rasa macam bersemangat dan ceria walaupun orang tak nampak. Apatah lagi jika emas yang kita simpan itu hasil titik peluh sendiri. Yang paling penting, simpan dan beli emas ini adalah terapi kepada kepada duit bocor.

#3 Simpan Emas sebagai Pelindung Diri

Wanita simpan emas untuk rasa lebih selamat dan yakin. Apa maksud ini?

Langit tak selalunya cerah. Begitu juga dengan hidup dan rumahtangga. Jika wanita 100% bergantung kepada suami, apabila berlaku sesuatu yang tak diingini pasti wanita akan berasa susah.

Suami kita hanya pinjaman, jika dijemput kembali at least para wanita ada simpanan sendiri untuk biaya hidup sebelum semua urusan selesai.

Jika suami dicuri wanita lain juga, kita tak perlu risau sebab ada back-up simpanan emas.

#4 Emas Kalis Inflasi

Harga emas sememangnya akan meningkat dalam jangka masa yang panjang. Simpanan emas adalah evergreen dari zaman dahulu hingga sekarang. Ia amat berbaloi bagi wanita kerana dapat diturunkan dari generasi ke generasi.

#5 Emas Adalah Aset Mampu Milik

Kalau nak beli aset seperti rumah atau hartanah banyak modal yang perlu disediakan. Namun, jika nak mulakan simpanan emas hanya boleh bermula dengan RM100 sahaja. Emas merupakan aset fizikal yang mampu milik dan bernilai untuk disimpan berbanding wang. Di Public Gold anda boleh daftar akaun secara percuma sahaja dengan akaun emas GAP dan mula simpan serendah RM100 sahaja.

Simpanan emas juga boleh dijadikan modal untuk membeli aset untuk membeli aset yang lebih berharga.

Emas aset yang lebih mudah di simpan.

#5 Emas Simpanan Mudah Alih

Apabila wanita simpan emas, kekayaan berada dalam tangan kita sendiri. Ia sepenuhnya milik kita. Jika perlu duit dengan segera, boleh buat Ar Rahnu atau dijual terus.

Kalau kita berpindah dari satu satu tempat ke tempat yang lain, aset emas boleh dibawa dengan mudah.

Jika berlaku keadaan yang tidak baik seperti pergolakan politik seperti perang, kita masih boleh membawa bersama emas tersebut ke mana sahaja tanpa perlu risau risiko kejatuhan nilai.

Sangat berbaloi jika wanita mempunyai simpanan emas. Kalau kita tak menabung untuk diri sendiri, takkan nak tunggu orang lain buatkan.. ye tak?

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.