Anda Boros? Ini 5 Tips Mudah Mula Menabung

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: March 13, 2024

Semua orang suka berbelanja, termasuklah diri saya sendiri. Semasa mula-mula bekerja, setiap kali gaji, nafsu nak berbelanja tidak dapat dikawal. Macam-macam nak beli. Mudah pula, semua boleh beli online. Klik klik bayar saja..Ramai juga yang menjadikan kad kredit sebagai talian hayat untuk berbelanja.

Gaji yang diterima cukup makan, tapi disebabkan nak self-reward sebab penat bekerja, ramai orang sanggup berbelanja secara boros. Malah ramai yang berhabis untuk hiburan, menonton wayang dan bercuti tanpa buat perancangan kewangan. Self-reward bukan tak boleh, tapi sepatutnya anda lebih berhemat dalam berbelanja.

Sebenarnya, duit yang habis dibelanja boleh digunakan untuk kepentingan lain, lebih lebih lagi dalam keadaan terdesak. Cuba anda bayangkan, jika berlaku apa apa kecelakaan yang menyebabkan anda kurang upaya, tidak boleh bekerja atau diberhentikan kerja. Takkan masa tu baru nak cari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup? Kereta nak kena bayar, rumah sewa lagi, makan minum, itu belum masuk segala bil bil.

Sebab itu penting sangat untuk urus kewangan, agar tidak susah dikemudian hari.
Tunggu apa lagi, jom saya kongsikan lima tips yang anda boleh amalkan.

#1 Buat Tabung Kecemasan

Anda masih ingat situasi getir Covid-19 pada penghujung tahun 2019? Ramai yang dipotong gaji malah ramai juga yang kehilangan pekerjaan. Situasi ini sebenarnya boleh dihadapi sekiranya kita mempunyai tabung kecemasan.

KWSP adalah wang simpanan hari tua.

Masa PKP, ramai juga keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kelangsungan hidup ketika pandemik. Ramai juga yang ambil peluang keluarkan simpanan ini untuk tujuan lain. Sebab tak nak lepaskan peluang di merasa duit KWSP.

Anda kena ingat mulakan tabung kecemasan dari sekarang sebelum situasi tak diingini berlaku.

#2 Rekod Perbelanjaan

Jadi macam mana nak mulakan tabung kecemasan ni? Mula-mula sekali, anda kena rekod setiap perbelanjaan dalam sebuah buku kecil atau pun di dalam excel file. Tak pun, boleh gunakan aplikasi mudah alih  atau masukkan dalam telefon pintar anda. Macam-macam aplikasi boleh dimuat turun dan gunakannya untuk rekod perbelanjaan kita.

Dengan merekod perbelanjaan, baru kita akan lebih nampak kemana dan berapa banyak duit dibelanjakan setiap hari. Anda akan tahu adakah perbelanjaan itu satu keperluan atau keinginan.

Daripada rekod ini, anda boleh kurangkan atau hapuskan perbelanjaan yang buat anda selalu pokai.

#3 Letak Matlamat Menabung

Dalam setiap perkara yang kita nak buat, mesti tahu matlamat kita menabung. Kalau tak, anda akan buat separuh jalan. Niat tu penting sebelum apa-apa.

Berapa banyak yang kena ada dalam tabung kecemasan? Ada sesetengah orang kata tabung kecemasan ni bersamaan 6 bulan gaji. Ada pula kata minimum 3 bulan gaji. Untuk keselesaan, ramai pakar kewangan sarankan mempunyai jumlah 6 bulan perbelanjaan. Jadi kalau hilang kerja sekurangnya ada tabung kecemasan sebagai penyelamat untuk tampung segala perbelanjaan anda sementara nak stabil balik.

#4 Ubah Gaya Hidup

Paling penting sekali, sekiranya gaji cukup cukup makan saja, anda kena usaha untuk ubah gaya hidup dari seseorang yang takut terlepas trend terkini kepada seseorang yang nak hargai diri sendiri tanpa fikirkan pandangan orang luar.

Tidak mengapa kalau kita lain sikit dari orang lain, tak semestinya kawan shopping tudung baru, kita pun kena beli juga!

Berbelanja jangan ikut nafsu

Maksudnya, anda perlu kurangkan berbelanja, kawal nafsu daripada terus hanyut dengan lifestyle yang nak tunjuk mewah terutamanya di media sosial. Berbelanja ikut kemampuan sendiri, jangan semata-mata nak bergaya tapi hutang sana sini.

Anda juga boleh cari pendapatan sampingan dengan berniaga online untuk tambah jumlah tabungan. Semua tu tak mustahil, di mana ada kehendak di situ ada jalan!

#5 Simpanan Secara Automatik

Teknik ini sesuai untuk mereka yang susah sangat nak bina tabiat menyimpan. Dengan teknologi hari ini, proses potongan gaji secara automatik untuk simpanan menjadi lebih mudah. Banyak bank yang menyediakan kemudahan simpanan automatik sekarang.

Tetapkan satu tarikh dan amaun untuk disimpan setiap bulan. Tidak perlu mula dengan amaun terlalu besar. Mula dengan amaun yang kecil dulu, yang kita tak perasan pun kalau hilang. Contohnya RM30 sebulan atau RM50 sebulan.

Anda juga boleh mulakan simpanan emas secara auto-debit serendah RM100 sahaja. Duit ini akan ditukarkan kedalam gram emas dan dikumpul di dalam Akaun GAP. Anda boleh baca lebih lanjut tentang akaun emas GAP dan mulakan simpanan.

 Tanpa sedar, dalam masa beberapa bulan rupanya dah ada beratus ringgit!
Lagi satu, untuk penuhkan tabung kecemasan ni, korang boleh asingkan siap-siap dari gaji yang korang dapat. Sebagai contoh 10% dari gaji bulanan asingkan terus untuk tabung kecemasan.

Apa-apa pun, fikir sebelum bertindak, masa muda waktu paling sesuai buat perancangan kewangan, kalau tersilap langkah boleh bawa padah nanti.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.