5 Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak. #4 Paling Untung

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: April 11, 2024

Setiap kali raya, anak-anak pasti akan dapat banyak duit raya. Kadang-kadang jumlahnya agak besar dan ibu ayah pening memikirkan kat mana nak simpan duit raya anak.

Agar tidak terbelanja, ada baiknya ibu bapa menyimpan duit anak terutamanya yang masih kecil untuk kegunaan masa depan.

Berikut adalah beberapa pilihan yang kita ada untuk menyimpan duit tabungan/ simpanan anak-anak kita.

#1 Amanah Saham Berhad 3 Didik (ASB 3 Didik)

ASB 3 Didik adalah milik penuh Permodalan Nasional. Kadar pulangan dividen dalam 5% setiap tahun. Bayaran dividen dibuat pada bulan April setiap tahun.

Anda boleh mendaftar akaun anak-anak di website atau boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk mendaftar akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:

Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu atau ayah.

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.

ASB 3 Didik adalah milik penuh Permodalan Nasional

#2 Amanah Hartanah Bumiputera

Amanah Hartanah Bumiputera atau singkatannya AHB merupakan dana unit amanah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.

Antara kelebihan AHB:

  • Patuh syariah
  • Harga tetap RM1.00/unit
  • Pelaburan AHB disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia
  • Pelabur mempunyai akses kepada perkhidmatan pengurus dana yang berpengalaman dan profesional
  • Mampu milik – Hanya 100 unit untuk pelaburan permulaan minimum dan 50 unit untuk pelaburan tambahan minimum dengan tunai

Boleh daftar akaun anak seawal usia 3 bulan hingga 18 tahun. Akaun Remaja mesti didaftarkan di bawah penjaga sah Bumiputera.

Kadar dividen adalah 5% setahun. Dividen ini dimasukkan terus ke akaun simpanan atau semasa Maybank. Jadi ibu ayah boleh pindahkan ia ke instrument lain seperti Tabung Haji. Amaun minimum adalah RM100 untuk membuka akaun dan RM50 untuk menambah simpanan berikutnya.

Cara-cara Pendaftaran Akaun AHB

#3 Tabung Haji

Ia adalah simpanan untuk mengerjakan haji. Sekiranya anak kita belum mendaftar haji, bolehlah kita fokus bagi mencukupkan amaun didalam akaunnya untuk pendaftaran haji. Kadar dividen dalam 3.15% setiap tahun.

Simpanan di Tabung Haji telah dipotong zakat.

Cara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak

  • Login akaun THiJARI.
  • Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
  • Isi semua maklumat anakanak.
  • Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
  • Sila bawa dokumen berikut: 1 salinan dan original surat beranak anak.

#4 Akaun Emas GAP

Simpanan emas adalah alternatif terbaik untuk pelaburan jangka panjang. Kelebihannya ialah emas terlindung dari kesan kejatuhan ringgit dan ketidakstabilan ekonomi. Syarat utama untuk simpan emas jika takut discam, pastikan beli emas, boleh dapat emas fizikal. Salah satu tempat simpanan emas yang dipercayai ialah akaun emas GAP Public Gold.

Simpanan di akaun emas GAP Public Gold adalah patuh syariah dan tiada komitmen bulanan.

Dengan simpanan emas di akaun GAP anda juga boleh keluarkan emas atau jual balik emas pada bila-bila masa.

Langkah bijak bekukan duit raya anak kepada emas

Kadar kenaikan emas secara purata 8% – 10% setiap tahun. Simpanan emas sangat sesuai dijadikan sebagai dana pendidikan.

Ibu ayah yang berminat boleh daftar akaun simpanan emas GAP Public Gold untuk anak-anak secara percuma, klik di sini.

#5 Akaun SSPN Prime

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah salah satu skim simpanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Simpan SSPN Prime ini dulunya dikenali sebagai SSPN-i. SSPN Prime adalah simpanan jangka masa panjang bagi memudahkan ibu bapa menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Kadar dividen 3.6% setiap tahun dan dapat rebat cukai pendapatan RM8000.

Simpanan untuk masa depan anak

Tiada komitmen bulanan dan simpanan dijamin kerajaan. Pendaftaran SSPN Prime atas talian di link.

Ibu bapa bijak akan sentiasa memikirkan cara tabungan terbaik untuk masa depan anak-anak. Pilihan di tangan anda, buat pilihan yang tepat untuk melaburkan duit raya anak anda.

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.