5 Kelebihan Simpan Emas Fizikal. #4 Ramai Tak Tahu

Ditulis oleh: Dr Sharifah Azma

Last updated: March 23, 2024

Ramai yang tanya saya, kenapa nak kena pegang atau simpan emas fizikal? Jawapannya, senang saja, bila emas berada di tangan, kekayaan itu kita pegang sendiri. Ia adalah simpanan jangka masa panjang kerana nilainya tidak susut. Jika terdesak, boleh saja bawa emas tersebut untuk jual balik.

Saya kongsikan 5 kelebihan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan:

#1. Emas Penyimpan Nilai

Emas adalah penyimpan nilai yang baik, contoh, anda tukar wang kertas kepada emas dalam sejumlah 5 gram jongkong emas tahun 2024.

Apa akan jadi dengan 5 gram tersebut selepas 10 tahun akan datang? Ya ia masih kekal 5 gram. Tapi harga emas pasti akan meningkat.

Harga emas 5 gram hari ini (RM358 x 5) adalah RM 1,790 dan bayangkan berapa harga emas selepas 10 tahun?

Kenaikan harga emas dalam masa 5 tahun. Sumber: my.bullion-rates.com

Adakah anda masih boleh beli emas 5 gram dengan jumlah duit yang sama selepas 10 tahun?

Susah nak jawab soalan ini sebab belum berlaku tetapi apabila kita lihat ‘trend’ harga emas, kita boleh jangkakan apa akan berlaku 10 tahun dari sekarang.

#2. Emas Rawat Kebocoran

Bagi anda yang sukar nak buat simpanan kerana boros berbelanja, boleh tukarkan sebahagian simpanan wang kepada emas.

Bila ada emas fizikal tidak mudah untuk berbelanja sebab perlu tukar emas fizikal kepada wang tunai. Secara tidak langsung, dengan menyimpan emas anda boleh elak kebocoran wang.

Jika anda simpan wang di dalam bank, ia mudah habis  kerana kemudahan memindahkan duit di atas talian.

#3. Emas Ada Nilai Sendiri

Emas tidak perlu diperakui kerana ia boleh berdiri sendiri. Tidak seperti wang kertas perlu diperakui oleh kerajaan sesebuah negara sah diperakui untuk transaksi.

Emas tidak dikira matawang di dalam sistem kewangan. Wang kertas yang digunakan untuk transaksi. Hari ini matawang sudah beransur-ansur beralih kepada wang bentuk digital dan kita melihat nombor-nombor tersebut bertambah dan berkurangan.

Tetapi emas, kita melihat aset fizikal dengan beratnya yang diketahui nilainya.

#4. Emas Kekalkan Kekayaan

Bila simpan emas, kekayaan kekal Bersama kita selagi mana pegang emas tersebut.

Jika berlaku kecemasan, emas boleh dicairkan ke bentuk wang tunai. Sebagai contoh kita simpan 5 gram emas Public Gold berharganya RM 1,790.

Teori 1 dinar 1 ekor kambing. Sejak zaman Nabi, 1400 tahun lepas 1 dinar boleh beli seekor kambing dan nilainya kekal hingga hari ini.

RM 1,790 jika dalam bentuk tunai bertempat di dalam dompet ada kemungkinan tidak kekal lama. Tetapi menyimpan emas dapat mendisiplinkan kita.

#5. Emas Boleh Dipajak

Emas sangat istimewa kerana ia juga boleh dipajak bagi mendapatkan wang. Emas boleh dipajak di mana-mana Ar-Rahnu untuk mendapatkan pinjaman.

Selalunya, tempoh pinjaman selama enam bulan dan boleh ditambah kepada enam bulan. Ia ada kemudahan pada saat-saat kecemasan dan keperluan menggunakan wang tunai segera.

Anda boleh gadaikan emas untuk mendapatkan duit.

Kadar pinjaman yang diberikan sebagai contoh 70% dari nilai semasa dengan kadar upah 1% daripada nilai semasa. Anda juga boleh pajak di Koperasi Dagang Emas untuk maklumat lanjut boleh klik sini.

Banyak betul kelebihan simpanan emas ni, jadi mulakan simpanan emas anda sekarang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

ebook rahsia emas

Nak Simpan Emas Tanpa Risiko & Patuh Syariah?

Download Ebook

P.S. Ia 100% percuma

Nak Mula simpanan emas?

Klik butang untuk saya bantu cara mudah beli emas.

Whatsapp Sekarang

Sertai komuniti pelabur emas di Telegram!

Join Telegram
Poster JE24K IG

Salam dan hai, saya Dr. Sharifah Azma, Master Dealer Public Gold.

Saya berpengalaman membimbing lebih dari 6,000 penyimpan emas.